try this

Selasa, 24 Januari 2017

EXMO1 SCANDAL??????????

SET CUYA bergebang.........

Skandal BMF Terbongkar - Justice For Jalil Ibrahim, Al Fatihah


Semalam, portal Asian Correspondent, baca di sini, telah mendedahkan bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) di bawah Presiden Donald Trumph telah 'declassified' 13 juta dokumen sulit termasuk skandal BMF (boleh di baca di akhir posting), skandal kewangan terbesar Malaysia semasa tahun 1980an. Skandal itu juga telah melibatkan kematian juruaudit muda, Jalil Ibrahim, yang menjadi idola kami para juruaudit.



Pada tahun 1986, Ketua Audit Negara, TS Ahmad Nordin Zakaria melaporkan "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terlibat". Di bawah pula adalah dokumentari memaparkan komentar sahabat karib teristimewa Tun Dr Mahathir iaitu Lim Kit Siang. Mari kita dengar apa yang ingin beliau katakan. Adakah sekarang pendirian beliau berubah mengenai perkara ini?



Satu perkara yang menarik daripada laporan CIA tersebut adalah mengenai ayat ini:
"Bank Bumiputera ditubuhkan bagi membantu peniaga Melayu miskin. Kerugian besar bank ini terhadap pinjaman yang diberikan kepada ahli perniagaan Cina Hong Kong adalah memalukan kepada kepimpinan etnik Melayu."
Siapa pemimpin Melayu ketika itu?

Macai-macai Parti Cap Bunga Raya sejak semalam cuba meletakkan Skandal MBF di bahu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Mantan Menteri Kewangan pada masa itu. Malah di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, Ku Li juga telah difitnah kononnya terlibat dengan Skandal BMF. Ku Li terpaksa menyaman South China Morning Post dan menang kes dengan ganti rugi. South China Morning Post telah meminta maaf secara terbuka di sini.


Ramai yang tidak tahu bahawa Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) merupakan satu-satunya Bnak yang diletakan terus dibawah kuasa Perdana Menteri. Selepas 27 tahun Allahyarham Jalil Ibrahim dibunuh, CIA yang menjadi pujaan golongan Mat-Mat Bunga ini telah mendedahkan siapa yang terlibat. Mungkin banyak lagi yang akan terburai, maklumlah 22 tahun memegang tampuk pemerintahan. Teringat kata-kata Allahyarham Presiden PAS, Dato Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor,
"Ya Allah, Engkau panjangkan umur Mahathir supaya ia dapat saksikan sendiri kezaliman dan kekejaman yang pernah ia lakukan,"
Buat Allahyarham Jalil Ibrahim, Al Fatihah. In God we trust, others we audit!